Kementerian Pelajaran: Ikan membusuk bermula dari kepala...
Posting pada:  25 Mar 2008 ( 1042 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Modal insan? Lebih baik gantikan saja dengan modal nisan. Modal insan apa benda kalau perkara yang paling asas di antara asas, beg yang berat tak pernah diambil tahu. Adalah sekali dua 'berkokok' bising-bising sekejap menyebut soal beg berat murid sekolah. Itu pun dibelit sana-sini oleh media yang akhirnya menyalahkan guru dan ibu bapa kerana murid membawa beg berat berisi batu-bata setiap pagi, 5 hari seminggu memanjat bangunan tinggi. Akhirnya, persespi rakyat jelata diterbalikkan: murid sekolah rendah adalah wajar memikul batu-bata setiap hari.

Hanya sekali sahaja isu beg berat diambil berat iaitu zaman Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan. Beliau membawa penimbang (bukan dacing) melakukan lawatan mengejut ke sekolah, menimbang beg budak-budak sekolah. Tindakan serta-merta dilakukan hanya untuk mengurangkan.

Selepas itu, selepas bukan lagi DSAI menjadi Menteri Pendidikan, wal asil balik asal.

Selepas itu juga, beberapa kali terjadi bagaimana kesengsaraan murid-murid sekolah memikul beg yang mengandungi batu-bata itu dijadikan sumber publisti oleh mereka yang diberi amanah untuk mengepalai.

Bagi saya dan bagi mereka yang bijak, cara penyelesaiannya amat mudah sekali. Kembali kepada zaman dulu yang menghasilkan cendekiawan: Hanya 1 buku teks dan 1 buku tulis. Itu saja penyelesaiannya. Tak payah buku kerja dan segala rupa buku yang mengenyangkan pihak tertentu tetapi menyebabkan sengsara pihak yang lain.

Pelik atau tidak: 1 mata pelajaran perlukan 4 -- 5 buku termasuk buku kerja yang akhirnya pada hujung tahun 4 -- 5 buku itu tidak diusik tetapi wajib dibeli dan dipikul setiap hari.

Ini saja punca modal insan menjadi modal nisan. Itu saja yang perlu diatasi. Itu saja penyelesaiannya: 1 buku teks dan 1 buku tulis untuk setiap mata pelajaran. Habis cerita.

Modal insan? Insan yang rosak tulang belakang. Insan yang diajar membazir. Insan yang menjadi mangsa keadaan.

Peribahasa Turki menyebut, "Ikan membusuk bermula dari kepala." Mana kepalanya? Sudah tentu kementerian. Kalau kementerianya sudah membusuk, sudah tentu yang di bawah, bawah, bawah, bawah, sampailah kepada murid seolah akan membusuk.

Sekarang, benar atau salah sabda Junjungan yang bermaksud, "Jika meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tunggulah kehancurannya." Hancur atau tidak jika kepalanya lebih mementingkan keris berbanding modal insan?

Kebusukan ini terus didedahkan oleh Mbakyu Ainon Mohd, Canselor Universiti PTS dan juga blogger terkenal. Juga Pengerusi Kumpulan Penerbitan PTS, penerbit buku berkualiti yang terunggul di Malaysia. Bukan buku angin dan buku main agak-agak, sebaliknya buku yang benar-benar buku.

Saya ambil dua siaran semula artikel beliau di laman web ternama: Harakahdaily.net dan Tranungkite.net. Ingat, bukan senang untuk mendapat perhatian dan mendapat peluang tersiar artikel di laman web yang terkenal dan berpengaruh itu:


Quote:

Dari Harakahdaily.net:

Ada rasuah di Kementerian Pelajaran?
Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 25, 08 | 10:33:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sebuah syarikat yang membekalkan peralatan projek robot "F1 In School" dihebohkan mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri.

Perkara itu didehkan oleh Presiden Unika PTS, Ainon Mohd dalam laman syarikat berkenaan, universitipts.com

"Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn Bhd bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah.

"Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk mata pelajaran rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi.

"Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri," katanya.

Pada masa ini , katanya, berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama F1 In School Sdn Bhd yang dikaitkan dengan nama seorang peniaga Cina Roy Chu, yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.

Bagi komuniti pendidikan pula, kata Ainon lagi, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat F1 In School Sdn Bhd.

Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif, kata beliau.

"Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut-ke-mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya.

"Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah Khazanraya Sdn Bhd, Formula Satu Sdn Bhd, Jalinraya Sdn Bhd, dan Vitalis Seri Sdn Bhd.

"Digosipkan bahawa empat buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama lembaga pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous," kata Ainon dalam laman tersebut.

Menurut beliau, bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad, katanya.

"Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

"Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa," kata beliau.

Menurut beliau, demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

"Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta.

"Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri," kata Ainon.



Quote:

Dari forum Tranungkite.net

Gosip penyalahgunaan kuasa di KPM: RM151 juta buat membeli gajet LEGO

Baru-baru ini sebuah syarikat penerbitan terkenal (PTS) telah melahirkan rasa kecewa apabila Pak Lah mengekalkan Dato' Hishamuddin Hussein sebagai menteri pelajaran kerana di bawah pentadbirannya kes rasuah semakin menjadi-jadi di kementerian itu.

Menurut PTS, gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) malahan lebih serius di Bahagian EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu menguruskan projek-projek pembinaan sekolah.

Gosip-gosip sedemikian sewajarnya mendapat respon segera Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi menjaga kreadibiliti kakitangan KPM yang merupakan antara Kemneterian paling utama dalam menjayakan dasar Perdana Menteri ke arah menjana modal insan kelas dunia.

Kali ini sekali lagi pihak berkenaan mendedahkan gosip berkaitan salahguna kuasa di Kementerian Pelajaran di bawah pimpinan Menteri pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Gosip-gosip berkaitan dipaparkan dalam laman Universitipts.com. Berikut dipetik gosip berkaitan salahguna kuasa seperti yang didakwa oleh pihak berkenaan.

------
Lagi gosip penyalahgunaan kuasa di KPM: RM151 juta buat membeli gajet LEGO

Sumber: Universitipts.com.

Gosip. Gosip. Gosip lagi...
Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus ( direct negotiation ) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.

Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.

Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh kementerian kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera). Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Saya tak mahu ia terus kekal sebagai impian sahaja

» Tony Fernandez «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu