Bagaimana menjadi pengurus yang bijak
Posting pada:  18 Mar 2008 ( 1757 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ini yang saya pelajari dalam bisnes dan pengurusan. Sangat simple. Pasukan bola sepak (atau sepak bola sebab masih lagi guna sepak takraw) dijadikan contoh paling mudah.

Pengurus bola sepak (luar negara, bukan yang bercampur-aduk dengan politik seperti di Malaysia) yang bagaimanakah dikatakan pengurus yang bijak dan hebat? Sangat mudah jawapannya: iaitu pengurus yang dikelilingi oleh pemain-pemain bolak sepak (atau sepak bola) yang juga hebat. Pengurus menjadi hebat kerana menguruskan pemain bola sepak yang hebat.

Sangat mudah konsepnya.

Anda mahu menjadi pengurus yang hebat dan bijak? Pilih dan lantik saja pengurus-pengurus yang hebat dan bijak di bawah anda. "Hire the best." Gaji mereka memang mahal. Apalah ada membayar RM10,000 setiap bulan jika boleh membawa bisnes sampai RM200,000 -- RM300,000 setiap bulan? Semudah itu.

Bisnes adalah bisnes. Bukan atas dasar kawan baik dan sebagainya. Sebab itulah, hatta jawatan yang paling kecil pun di dalam syarikat antarabangsa, memang amat sukar untuk memperolehnya. Terlalu banyak ujian dan tapisan, lebih-lebih lagi bahagian pengurusan. Kalau setakat bahagian kemas-kemas buku, susun-susun buku, susun-susun fail -- itu mudahlah.

Konsepnya sama di mana-mana. Kalau hendak menjadi Menteri Besar yang hebat mestilah melantik exco yang hebat dan tahu bidang masing-masing.

Perdana Menteri (tak kiralah, mana-mana Perdana Menteri pun) yang hebat dan bijak mesti melantik menteri, timbalan menteri yang juga hebat, bukan perlantikan berdasarkan balas dendam, menyelamatkan tengkuk sendiri, membalas budi, mencantas musuh dalam selimut.

Kalau betul begitu hebat selama ini 'branding' dan 'linking' atau dikait-kaitkan dengan ulama, tentu sentiasa ingat kata bijaksana yang menyebut, "Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tunggulah kehancurannya."

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi

» Ucapan Tahun 60-an «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu