Melaksanakan Tipu Muslihat
Posting pada:  03 Mar 2008 ( 1156 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya mohon maaf kerana tidak dapat updete web saya ini lebih kerap atas sebab: menyiapkan 2 buku, menyiapkan 1 majalah dan ikut berkempen untuk pilihan raya.

Menyebut pasal kempen, macam-macam isu kelakar yang kita dengar sampaikan kita berkata, "Lucunya, dah tak ada isu lain ke?" Lucu atau tidak bila isu enggan bersalam dibesar-besarkan? Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang percaya jika Tuan Guru Haji Hadi enggan bersalam. Lebih ramai yang gelak berbanding percaya. Kalau tahun 80-an dulu mungkin orang percaya, tetapi sekarang ini mencari orang yang bodoh lebih sukar dari pokok di bandaraya.

Bijak atau tidak kempen DAP ini? Menggunakan warna hijau, sedangkan warna DAP adalah merah. Pada pendapat saya: DAP menggunakan taktik Pemasaran Gerilla -- memasarkan secara kecil-kecilan tetapi banyak (atau kerap) pada bahagian yang lemah dan tidak dijangka. Boleh juga disebut pada bahagian yang diabaikan oleh syarikat-syarikat besar. Caranya mudah sahaja: tengahari, pergi ke gerai-gerai, menggunakan pembesar suara dan berceramah dalam 10 minit sahaja. Apa yang boleh ditiru?


Ribuan manusia tidak berganjak walau hujan lebat. Apa mesej di sebaliknya? Kempen di Taman Tun Dr Ismail


Raja Petra Kamarudin (RPK), blogger terkenal (sesuai disebut sebagai 'blogger selebriti') yang menjadi inspirasi kepada ribuan bloggers di Malaysia memberi ceramah yang amat menarik. Sebagaimana hebatnya tulisan beliau di Malaysia-today.net, begitulah juga hebatnya ceramah beliau yang amat menarik, penuh fakta dan memukau ribuan hadirin. RPK telah membawa kaum bloggers ke hadapan sebagai kaum yang dihormati dan digeruni dan fearless. Dulu siapa pedulikan blogger? RPK adalah real trendsetter. Malam ini dua orang blogger berceramah. Seorang lagi ialah Haris Ibrahim (harismibrahim.wordpress.com). Memang menakjubkan bagaimana bloggers kini mendapat tempat istimewa. Hidup blogger!


Menyebut pasal kempen, macam-macam isu kelakar yang kita dengar sampaikan kita berkata, "Lucunya, dah tak ada isu lain ke?" Lucu atau tidak bila isu enggan bersalam dibesar-besarkan? Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang percaya jika Tuan Guru Haji Hadi enggan bersalam. Lebih ramai yang gelak berbanding percaya. Kalau tahun 80-an dulu mungkin orang percaya, tetapi sekarang ini mencari orang yang bodoh lebih sukar dari pokok di bandaraya.

Apa isunya? Bagaimana ia terjadi? Si polan menghulurkan tangan dan Haji Hadi enggan bersalam? Betul begitu? Kalau begitu, yakinlah, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang percaya melainkan orang yang bengap.

Tak teringinkah Si polan mengambil tindakan mahkamah? Bagaimanapun sebelum mengambil tindakan harap tahu apa itu injuksi ex-parte. Jangan pula injuksi ex-parte dikatakan saman atau tindakan mahkamah. Injuksi adalah injuksi dan ia hanya tahan 20 hari sahaja (ex-parte). Tidak tidak berhati-hati, ia boleh menjadi merbahaya, injuksi tersebut boleh dijadikan bahan utama untuk mengenakan balik. Banyak sudah terjadi. Soalan pertama: "Apa yang nak di'injuksi'kan? Mana ia?" Setengahnya, injuksi dijadikan perangkap! Kerana itu sentiasa ingat, "Jerat tidak lupakan pelanduk; pelanduk selalu lupakan jerat." Jika ia bergemerlapan, perangkap sedang dipasang. Mengatasi segalanya: injuksi itu boleh memerangkap diri sendiri. Itulah pentingnya benar-benar tahu, bukan berasaskan dengar-dengar.

Lupakan dulu. Ingin saya sampaikan hadis Rasulullah yang boleh kita aplikasikan ke dalam kehidupan kita setiap hari.

Hadis Rasulullah SAW ini sangat 'simple' tetapi amat besar pengetiannya:

Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata:

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Bagaimana anda menguruskan MAT, itulah yang menentukan hidup anda. MAT: Masa, Akal, Tenaga

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu