Yang terindah hanya sekali (atau mungkin berkali-kali)
Posting pada:  18 Feb 2008 ( 1161 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tidak ada yang lebih akrab selain persahabatan semasa sekolah rendah dan menengah. Zaman remaja hanya sekali dan yang paling indah tidak diperoleh selalu.


Dari kiri: Edika Armansur, Ahmar, Azam, Fikran dan yang kecil sekali di depan, Ezika Armansur. Mereka berempat, kecuali Ezika sedang meraikan "Hari-hari terakhir lepasan SPM." Tiga darinya, Edika, Azam, Fikran akan ke program yang tak ada faedah langsung, PLKN.





Tidak lama lagi mereka akan terpisah. Ada yang masuk universiti, kolej, politeknik dan sebagainya. Tidak seperti hari ini yang sentiasa bersama main game, lepak di OU, karaoke di OU, bowling, pool, main bola di padang, menonton bola di gerai dan bekerja sambilan di Parkson. Tak pernah berenggang lebih-lebih lagi lepas SPM.

Melihat mereka seperti saya mengulang sejarah. Bukankah kita sebenarnya hanya mengulang sejarah. Beginilah juga saya semasa menunggu keputusan SPM dulu. Hanya tahu ketawa dan bersukaria sahaja. Tapi benarkah keputusan peperiksaan ditunggu?

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Hukum seimbang: Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tidak suka

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu