Gangguan Publisiti
Posting pada:  19 Jan 2006 ( 1255 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Masalah publisiti. Mula-mula telefon bimbit dibolehkan dibawa ke sekolah dengan bersyarat. Selepas itu ada arahan menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah. Saya tak nak ulas panjang. Isunya di sini ialah MENGGANGGU. Telefon bimbit menggangu murid yang sedang belajar.

Kalau telefon tersebut hilang atau lain-lain, itu pelajar kena tanggung sendiri, bukan tanggungan cikgu. Sekarang ini pun, pernahkah cikgu bertanggung jawab kalau ada barang murid hilang? Tak pernah sama-sekali! Anak saya kerap kehilangan barang berharga semasa di sekolah rendah dan menengah, termasuk kehilangan dompet, tetapi cikgu buat tak tahu. Kalau nak difikir pun, apa cikgu nak buat? Jadi, kalau telefon bimbit hilang, itu tanggung jawab murid. Mungkin itu salah satu syaratnya membolehkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.

Kalau betul masalah MENGGANGGU, bolehkah larangan ini diluaskan ke Universiti dan Kolej? Apakah siswa tidak terganggu dengan panggilan dan sms telefon bimbit di bilik kuliah? Adakah hanya murid sekolah menengah dan rendah sahaja yang akan terganggu? Ada pula yang menyebut, siswa lebih berakal dari murid sekolah. Soalnya, isunya bukan akal. Isunya ialah MENGANGGU.

Benarkah siswa lebih berakal dari murid sekolah. Sejak bila siswa Malaysia begitu berakal? Setahu saya adakalanya murid sekolah lebih berakal dari siswa yang masuk ke universiti hanya nak mengejar sijil dan gelaran "masuk U" seperti tahun-tahun 60'an.

Peluang. Sentiasa ada peluang untuk publisiti. Kalau tak ada peluang, cipta peluang untuk publisiti. Kenapa pihak kementerian seperti tidak mahu ambil tahu:

1. Masalah buli yang serius di sekolah. Kenapa tak boleh dicipta sistem RakanBuli seperti RakanCop. Oh ya terlupa pula, bagaimana nak menghantar SMS sebab telefon bimbit tidak dibenarkan di sekolah. Lapor pada guru disiplin? Sejak bila guru disiplin ambil tahu? Lapor pada guru besar? Guru besar yang lebih dulu mengelak.

2. Isu beg berat yang bertahun-tahun tak dapat diatasi dan akan terus berlarutan sehingga akhir zaman. Pelajar sekolah membawa batu bata dan sampah ke sekolah. Sampah, sebab buku tersebut tidak digunakan sehingga hujung tahun. Penerbit, penjual buku yang senyum bangga sebab berjaya membebankan sampah ke atas bahu murid-murid sekolah.

3. Isu sekolah yang besar-besar, tinggi-tinggi, tetapi kosong.
Padang sekolah dikorbankan untuk membina sekolah yang kosong dan tidak diperlukan. Jin saja yang memerlukan untuk bertendang.

4. Isu pelajar ponteng dan lepak. Ini pun tak pernah diambil tahu. Saya tertarik dengan sebuah sekolah Tionghua di sekitar Cheras. Pelajar memakai lencana berjahit yang tertera nombor pelajar. Jika pelajar ditemui lepak, atau buat hal, nombor mereka boleh dicatat dan dihantar ke guru besar.

Publisiti mestilah sesuatu yang menaikkan nama. Oleh kerana kesemua isu di atas dijamin tidak akan menaikkan nama sebab tidak ada jalan, tidak ada cara dan tidak pernah difikirkan jalan dan cara, maka ia tidak perlu dijadikan bahan publisiti.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Apa yang diucap, apa yang ditulis akan berkekalan. Berhati-hati. Jangan diri sendiri yang merosakkan diri sendiri.

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu