Penulis dan gadis gelisah
Posting pada:  06 Feb 2008 ( 1133 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dalam sehari ini, dua kali memberikan 'kaunseling', kononnya. Pertama, seorang gadis yang wajahnya syahdu dan ayu yang merasakan tidak ada orang yang suka padanya. Dalam masa yang sama, dia pula berasa benci hampir kepada semua orang kerana merasakan tidak ada orang yang menyukainya.

Kedua, kononnya kaunseling kepada seorang lelaki dengan soalan yang terlalu lazim, "Bagaimana hendak jadi penulis?" Saya tak tahu berapa kerap sudah saya menjawab soalan yang sama, "Nak menjadi penulis mesti sanggup membaca puluhan buku berkualiti orang lain. Jangan baca buku angin, buku main agak-agak." Seterusnya saya memberitahu ayat lazim, "Penulis best-seller di USA mengatakan -- saya menjadi penulis best-seller setelah membaca 100 buku best-seller".

Saya memang sudah bosan menjawab soalan yang sama, "Bagaimana hendak menjadi penulis." Jawapannya tetap sama -- kalau pandai berbual, pasti pandai menulis sebab menulis adalah memindahkan perbualan ke jari, keyboad dan monitor. Itu saja. Satu lagi ialah mengikuti slogan"Nike" -- Lakukan Saja! Lakukan saja, taipkan saja perbualan yang bergema di dalam fikiran. Taipkan saja, lakukan saja!

Soal remeh, "Mana nak didahulukan, mana nak dikemudiankan," itulah perlunya, "Saya menjadi penulis best-seller sesudah membaca 100 buku best-seller." Dari pembacaan boleh tahu dengan sendirinya mana yang perlu didahulukan dan mana yang perlu dikemudiankan.

Minggu lepas, di Taman Cahaya, Ampang sekali lagi saya mengajar secara ringkas cara menulis, secara tidak formal. Di hadapan saya, dalam sebuah restoran, 4 orang gadis yang memang minat hendak menulis. Secara ringkas saya memberitahu, "Mudah sangat. Jangan set susah, nanti susah jadinya. Gunakan teknik Suami Beristeri Lima. Itu saja." Suami Beristeri Lima dalah ringkasan H5W (Husband 5 Wives) -- H = How, W = What, Why, When, Who, Where." Sepanjang yang saya belajar, itu saja kandungan sesuatu penulisan.

"Tahu piramid?" Saya bertanya kepada mereka. Sudah tentu mereka tahu. "Apa yang kamu tahu tentang piramid terbalik?" Tak ada siapa yang tahu. "Kamu semua akan menulis untuk majalah, betul? Jadi kamu kena fahamkan piramid terbalik. Mulakan dengan tepat, yang utama, besar di atas, pada permulaan, seperti piramid terbalik."

"Tepat bagaimana?" Tanya salah seorang dari mereka.

"Satu perenggan itu merangkumi H5W, jadi pembaca terus faham apa yang akan dibaca seterusnya. Jika isu itu menarik, akan dibaca. Jika tidak akan terus ke topik berikutnya."

"Secara ringkas, tak payah nak letak, lembayung petanq, senja berlabuh dan sebagainya. Tak ada bunga-bunga terus kepada isi dan isu. Terus kepada isu. Habis perenggan pertama, terus tahu apa isunya. Baca majalah Time, Newsweek, Forbes kalau nak faham."

"Berbeza dengan penulisan fiksyen. Ia adalah piramid, yang kecil di atas, build-up sedikit demi sedikit barulah lama-kelamaan orang faham apa sebenarnya jalan cerita. Ada klimak dan anti-klimak. Penulisan berita tak perlu klimak dan anti-klimak sebab ruang terhad.

Begitulah al-kisahnya.

Berbalik kepada gadis yang mengadu, perasan tidak ada orang yang suka padanya itu. Saya bertanya, "Mengapa kamu rasa tidak ada orang suka kamu? Apa buktinya orang tidak suka kamu? Realiti atau perasaan?"

Tidak ada jawapan.

"Agaknya, berapa orang yang tidak menyukai kamu?" Saya bertanya lagi.

"Semua"

"Tak mungkin semua tak suka kamu."

Diam sahaja sambil memandang kawan di sebelahnya.

"Kalau semua orang suka kamu, apa pula perasaan kamu?"

"Saya menjadi sangat gembira." Katanya. Nada suaranya berubah menjadi riang.

"Sememangnya kamu boleh bergembira sekarang. Dalam setiap 100 orang yang tidak menyukai kamu, ada 100 orang yang menyukai kamu. Ini disebut sebagai Hukum Seimbang." Kata saya sambil melihat jam tangan. Sudah lambat. Saya perlu ke Taman Cahaya lagi.

"Hukum Seimbang menyebut sebagai: tak semua orang suka dan tak semua orang tak suka. Senyumlah. Ramai yang sukakan kamu. Adalah mustahil semua orang tak suka. Mustahil juga semua orang suka. Fokus kepada yang sukakan kamu, jangan peduli kepada yang tidak sukakan kamu. Jangan peduli apa kata orang sebab kita menjalani hidup kita sendiri, bukan atas arahan orang lain. Nak kata apa pun katalah. Tak mati pun."

"Fokus pada suka. anggap lebih ramai orang sukakan kamu. Fokus kepada suka, nanti secara automatik, rasa benci kamu pada orang akan hilang dengan sendirinya." Saya menamatkan.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Iman itu terdiri dari tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi adalah ucapan “Laa ilaha illAllah” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

» Sabda Rasulullah s.a.w. «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu