Kita dididik supaya mengalihkan isu utama
Posting pada:  04 Jan 2008 ( 1135 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Didikan secara halus dan telah pun digunakan dengan meluas berkali-kali sejak sekian lama dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar isu. Perhatikan dengan lebih dekat.

Contoh mudah: Anda adalah seorang JKKK di kampung anda. Katalah jawatan anda ialah setiausaha. Walaupun anda bukan setiausaha, semestinya anda sentiasa menjadikan moral sebagai perkara penting. Bahkan jika anda seorang kafir zindik, semestinya menjaga moral dan tata susila. Apatah lagi anda seorang setiausaha JKKK mestilah lebih-lebih lagi menjaga moral berbanding orang kampung.

Hukum Seimbang terjadi -- ramai yang menyukai anda, sudah tentu ramai yang memusuhi anda. Itu pasti terjadi di mana-mana, hatta jikalau anda bukan seorang JKKK sekalipun. Sun Tzu pernah berkata, "Perhatikan sahabat handai dengan dekat, dalam masa yang sama perhatikan musuh dengan lebih dekat lagi." Anda terlupa kerana anda sudah mabuk kuasa. Dalam filem Simpsons The Movie ada dialog, "Gila kuasa? Gila mesti disertai dengan kuasa. Kamu pernah menjadi gila tanpa kuasa? Teruk!"

Kerana kedudukan anda sebagai setiausaha JKKK Kampung, anda menjadi gila kuasa (gila dan berkuasa). Anda berfikir kedudukan dan status anda sentiasa selamat. Anda sentiasa di atas undang-undang.

Yang pasti, anda terlupa sama-sekali dengan satu lagi strategi peperangan, "Expect unexpected." Alpa, lalai bahawa musuh anda sedang memasang perangkap untuk menjatuhkan anda, menghumbankan anda dari jawatan setiausaha JKKK. Ingat, anda naik terlalu pantas, dengan taktik tertentu, anda menjatuhkan lawan dan mengambil kedudukan lawan anda itu. Lawan anda senyap sepi selepas itu hinggakan terlupa, "Expect unexpected."

Perangkap yang dipasang amat mudah, menggunakan perangkap yang setua sejarah -- 3 ta -- Harta, Takhta, Wanita. Seorang wanita muda yang sebaya anak digunakan untuk memerangkap. Video dipasang untuk dijadikan bahan bukti.

Anda masuk ke dalam bilik hotel, buat kerja dengan wanita itu tanpa menjangka sama-sekali ("Expect unexpected"). Bila daging muda berada di depan mata terlupa sama-sekali dengan, "Pelanduk selalu lupakan jerat, jerat tidak pernah lupakan pelanduk."

Aksi setiausaha JKKK dengan perempuan sebaya anaknya terakam. Musuh yang dijangka sudah tersungkur yang merakamkannya, dicetak dan diedarkan.

Setiausaha masih lagi tidak sedar video tentang kegiatannya telah dirakam dan diedarkan, hingglah akhbar edisi internet yang berwibawa seperti malaysiakini.com, harakadaily.net, malaysia-today.net menyiarkannya berita DVD adegan lucah seorang setiausaha JKKK tersebar luas di kampung tersebut.

Panik! Kegiatan yang selama ini dianggap selamat telah tersebar. Hanya ada satu cara untuk menunjukkan 'hero' iaitu membuat pengakuan dan kemudian letak jawatan sebagai setiausaha JKKK. Tapi sebelum itu, bina imej seolah-olah tidak bersalah dan sokongan padu supaya setiausaha tersebut tidak meletak jawatan kerana perbuatannya "tidak bersalah".

Rencana disusun supaya setiausaha JKKK itu kelihatan tidak bersalah, perbuatan di hotel dengan operempuan sebaya di anaknya dianggap tidak bersalah. Salah satu agenda penting untuk membina imej tersebut ialah mengalihkan isu tersebut kepada yang merakam video. Senang cerita, "Yang mencuri disanjung, yang kena curi ditangkap." Biasa melihat begitu?

Jadi pengakuan terbuka setiausaha JKKK itu adalah sebahagian dari agenda supaya dia kelihatan "hero", "tidak bersalah" dan "dapat simpati". Moga-moga orang kampung terpedaya lagi.

Maka, setiausaha dan penyokong setiausaha itu pun mengalihkan isu sebenar dan menyalahkan orang yang merakam video tersebut. Ia mesti dilakukan secara konsisten supaya isu sebenar lenyap ditenggelamkan dengan kesalahan merakamkan perbuatan kegiatan keji setiausaha JKKK itu. Seluruh tenaga dikerah supaya perspektif orang kampung berubah -- "perbuatan setiausaha JKKK itu tidak salah, yang salah ialah orang yang merakamkan perbuatan tersebut. Isu ini menjadi besar kerana berpunca dari perbuatan orang yang merakamkan." Lebih kurang begini: "Perbuatan mencuri tidak salah sebaliknya perbuatan orang yang merakamkan kegiatan pencuri itulah yang salah."

Menurut agenda, inilah yang diucapkan oleh setiausaha JKKK dan penyokong-penyokongnya yang dianggap bengap oleh orang kampung tersebut:

1. Setiausaha: "Saya naik terlalu cepat kerana itu ada yang cemburu dan memusuhi saya." Ke mana hilangnya isu sebenar?

2. Penyokong: "Kami berdiri teguh di belakang Setiausaha JKKK." Betul?

3. Penyokong: "Perbuatan merakamkan privasi orang adalah perbuatan yang salah. Ini menjejaskan ekonomi negara. Pelancong-pelacong takut hendak tidur di hotel." Tak tahu nak kata apa, mungkin perlu diperiksa otak penyokong ini. Itu bukan isunya. Isunya ialah perbuatan terkutuk Setiausaha JKKK tersebut. Mengapa tidak menyebut, "Harap tidak ada pemimpin kampung ini yang melakukan perbuatan yang sama di masa akan datang."

4. Penyokong: "Nanti, walaupun kita tidur di hotel dengan isteri kita, bimbang aksi kita akan dirakam." Doktor akan memeriksa otak penyokong ini. Apa isunya sebenarnya? Isu perbuatan keji Setiausaha JKKK atau isu merakam perbuatan keji tersebut?

Maka, orang kampung pun gelak dengan berdekah-dekah. Sungguh mengecewakan kerana tidak ada lagi atau amat kurang orang kampung yang boleh diperbodohkan.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Di mana ada manusia, di situ ada peluang

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu