Kenyataan paling kelakar setiap 4 tahun
Posting pada:  29 Dec 2007 ( 1114 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Setiap 4 tahun sekali akan kedengaranlah kenyataan-kenyataan yang lucu, kelakar dan memperbodohkan.

Alangkah lucunya, sehari dua ini, apabila kedengaran "Bukti kejayaan sistem pendidikan negara..." Kelakar atau tidak apabila tahun ini, ramai yang dapat A dalam PMR (dulu pun lebih ramai) dikatakan sebagai kejayaan sistem pendidikan negara? Yang bijaksana akan tertawa terbahak-bahak. Yang pasif, rela diperbodohkan dan telah diasak dengan hiburan melampau, akan mengiyakan.

Yang bijak akan bertanya, "Jadi selama ini, sistem pendidikan negara memang gagal?"

Ramai yang dapat A dikaitkan dengan sistem pendidikan negara? Kenyataan pelik yang dicanang kerana pilihanraya sudah hampir.

Tanda-tanda akhir membuktikan pilihanraya sudah terlalu hampir adalah kenyataan-kenyataan pelik, kelakar, lucu, memperbodohkan tentang ekonomi negara, kejayaan negara, pendidikan negara.

Hendak mendengar kenyataan 'hanya yang indah belaka' itu tunggulah setiap 4 tahun sekali di penghujung tahun keempat.

Setiap peluang mengeluarkan kenayataan kelakar mesti dimanfaatkan sepenuhnya. Keputusan peperiksaan PMR diumumkan pada hujung Disember, jadi dimanfaatkan sepenuh-penuhnya. Hendak menunggu keputusan SPM atau konvo universiti lambat lagi, atau sudah lepas pilihanraya. Tak ada faedah hendak mengeluarkan kenyataan kelakar, sudah terlambat.

Kalau ramai yang dapat A dalam PMR, itu adalah bukti kejayaan sistem peperiksaan negara, bukan sistem pendidikan negara.

Hendak melihat kejayaan sistem pendidikan negara bukan melihat kejayaan UPSR, PMR atau SPM. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan negara dulu kini dan selamanya adalah berasaskan peperiksaan, bukan ilmu. Bagi melihat kejayaan sistem pendidikan, lihatlah mereka yang keluiar dari Universiti. Adakah mereka nganga melopong atau berilmu dan bersedia untuk menghadapi dunia dengan ilmu yang diperoleh dari universiti? Bagi mengetahui kejayaan sistem pendidikan negara, perhatikan sama ada lebih ramai 'siswa belon' (kosong tapi naik) atau 'siswa berisi'. Bagi memastikan kejayaan sistem pendidikan negara, perhatikan 3 perkara utama yang amat penting ini:

1. Adakah siswa (pelajar) mengejar kertas (sijil)?
2. Adakah siswa (pelajar) mengejar 'lulus peperiksaan'?
3. Adakah siswa (pelajar) mengejar ilmu?

Akan sentiasa ada yang memperbodohkan jika sentiasa ada yang rela diperbodohkan.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kata purba: 'Yang penting orangnya bukan alatnya' Salah! Kesemuanya penting -- orangnya, alatnya, kemahirannya.

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu