Mana satu pilihan anda? Hendak Susah Ataupun Hendak Senang?
Posting pada:  28 Dec 2007 ( 1428 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Awal Disember 2007, Rozita Abd Razak, editor PTS PRO yang berbakat dan gigih itu memberitahu, "Kang, buku Hendak Susah Ataupun Hendak Senang, nak dihantar ke pencetak hari ini."



Keterangan gambar: Pewaris Armansur.com Berhad menunjukkan buku HENDAK SUSAH ATAUPUN HENDAK SENANG, yang menjadi best-seller pada sekitar hujung tahun 90-an. Judul asal ialah: SUSAH & SENANG. Diterbitkan semula oleh PTS, penerbit Melayu yang semakin gagah dan unggul.


"Eh, cepatnya? Hari itu khabarnya bulan Januari 2008."

"Ikut jadual, buku ini memang terbit pada bulan November. Ini pun dah terlewat." Kata Rozita.

Jadi, buku yang pernah menjadi best-seller pada penghujung tahun 90-an diterbitkan semula dengan judul dan kulit yang baru.

Buku ini ditulis dengan gaya penulisan yang bersahaja. Saya tak setuju dengan istilah 'santai' kerana bunyinya begitu ringan. Walaupun bersahaja, ayat dan ejaannya terjaga dengan sempurna.

Pembaca mengeluarkan wang untuk buku ini, takkan saya hendak memberi sesuatu yang 'santai' dan hanya ikut syok saya sendiri. Setiap kali menulis, saya membayangkan pembaca yang bijak berada di depan saya. Belum pernah sekali pun saya membayangkan pembaca yang bodoh dan pasif di depan saya. Dengan cara itu, saya tidak akan memperbodohkan pembaca dan berhati-hati dengan setiap ayat yang saya tulis. Mengatasi segalanya ialah impak. Mampukah apa yang ditulis itu diamalkan dan memberi impak? Ini kerana sebahagian dari fungsi penulisan adalah untuk mendidik.

Bahkan semasa menulis buku ini, sudah set dalam fikiran, "Hanya yang terbaik untuk pembaca buku ini."

Buku HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG ini adalah catatan pengalaman orang ramai. Ditulis dan dijadikan panduan untuk mendekati kesenangan dan menjauhi kesusahan.

Tidak lama lagi, buku ini akan digabungkan dengan buku HENDAK GAGAL ATAUPUN HENDAK BERJAYA, yang akan diterbitkan pada Januari 2008.

Ini sebahagian dari kandungan buku HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG:

(Tulisan ini adalah versi belum diedit)

6
Tidak Ada Siapa yang Boleh Menghalang Anda Bermalas-malas


NAK rajin, nak malas tak ada siapa boleh menghalang. Semuanya hak anda. Jika ada yang menghalang, anda boleh menyaman di mahkamah di bawah kes menyalahi hak asasi manusia.

Yang boleh menghalang ialah diri anda sendiri. Kesan pun anda sendiri yang terima. Kesan dari bermalas atau rajin adalah untuk anda. Tapi nampaknya bukan anda yang menerima akibat atau kesan itu. Orang yang bergantung kepada anda turut menerima akibat. Kalau bermalas, anda dan keluarga anda akan menerima padah

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Walau ribut dan taufan melanda, matahari masih kekal di tempatnya

» Dari filem 'Ah Long Pte Ltd' «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu