Masih begitu juga
Posting pada:  21 Dec 2007 ( 1310 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Meriahnya Aidiladha, orang kata di Kelantan. Tahun ini berbeza sedikit kerana Kelantan dilanda banjir. Di sekitar Kuala Lumpur, memang sentiasa meriah. Tidak salah bermeriah itu. Yang salah ialah fokus kepada meriah semata-mata.





Dialog rekaan/imaginasi:

Lembu A: "Kenapa kawan kita tu?"

Lembu B: "Entah. Jangan ambil tahu hal lembu lainlah. Kita dapat makan, minum, aman sudahlah..."

Lembu A: "Hari ini hari apa?"

Lembu B: "Aidiladha. Kenapa?"

Lembu A: "Apa sebenarnya mesej korban?"

Lembu B: "Entah... kita ini lembu, perlukah ambil tahu?"




Dialog rekaan/imaginasi:

Manusia A: "Banyaknya lembu..."

Manusia B: "Banyak..."

Manusia C: "Kenapa perlu korban?"

Manusia D: "Kenapa pulak? Tak usah ambil pedulilah. Yang penting selepas ini kita dapat daging baru. "

Manusia E: "Tiap tahun pun macam ini, perlukah kita ambil tahu?"



Yang salah juga berkorban tetapi tidak tahu apa makna korban. Yang salah, "Saya berkorban tahun ini, 3 bahagian..." Tapi tak tahu apa sebenarnya yang dikorbankan.

Semua orang Islam tentu tahu peristiwa Nabi Ismail digantikan dengan qibas, atas kehendak Allah SWT. Kerana itu, setiap tahun pada hari raya Aidiladha (3 hari) akan diadakan ibadah korban sebagai mengingati peristiwa Nabi Ibrahim patuh atas perintah Allah untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail. Atas keredhaan, dan semata-mata kerana Allah, Nabi Ismail rela lehernya disembelih oleh ayahnya.

Sanggupkah kita? Kita tahu, Allah SWT tahu, memang manusia tidak akan sanggup menyembelih anak sendiri. Kerana itu, perintah menyembelih anak sendiri hanya kepada Nabi Ibrahim. Setiap sesuatu yang Allah perintahkan bersebab, bukan saja-saja. Ada sebab khusus mengapa ujian yang sangat berat itu ditimpakan kepada Nabi Ibrahim yang kita sentiasa sebut di dalam tahiyat akhir.

Apa sebabnya? Sebabnya adalah simbolik. Apa simbolik, mesej disebalik perintah, ketaatan, dan perbuatan Nabi anak-beranak itu?

Simbolik dan mesej tersebut semakin lama semakin lesap, semakin dilupakan. Bila ditanya, masih ramai yang tahu bahawa ibadah korban adalah mengingati peristiwa Nabi Ibrahim mentaati perintah Allah SWT, tetapi apabila ditanya simbolik dan mesej di sebalik peristiwa tersebut, tidak ramai yang boleh menjawab dengan tepat.

Ibadah? Rasanya zaman sekarang lebih kepada pesta, semakin menjauh dari ibadah.

Simbolik dan mesej di sebalik ibadah korban, sangat mengejutkan -- ia disebut di dalam filem Transformers: "No sacrifice, no glory!"

Apa saja kejayaan di muka bumi ini memerlukan pengorbanan. Tak payah pusing-pusing. Ia mudah sangat -- hendakkan kejayaan mestilah sanggup berkorban.

Apa-apa pengorbanan ke arah kebaikan, ke jalan Allah, mestilah sesuatu yang terbaik dan disayangi. Setiap sesuatu yang membawa kebaikan kepada seramai mungkin manusia adalah layak disebut jalan Allah.

Contohi Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan harta yang terbaik (anak adalah harta terbaik dan paling berharga) dan yang paling disayangi (siapa yang tidak sayang anak, perlu diperiksa otaknya). Bukan mencontohi perbuatan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sebaliknya mencontohi simbolik atau mesej di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim tersebut: korbankan hanya yang terbaik dan disayangi.

Setiap tahun akan sentiasa ada ibadah korban sehinggalah setahun sebelum kiamat. Tujuannya? Pendidikan dan peringatan. Kita manusia sering terlupa simbolik dan mesej, maka setiap tahun diperingatkan semula. Persamaannya: selalu kita terlupa untuk berselawat, kerana itu setiap Jumaat diperingatkan di dalam khutbah: "Allah dan para Malaikat berselawat kepada Rasulullah SAW" (apatah lagi kita manusia biasa). Peringatan tersebut membawa mesej: Betapa pentingnya selawat sampaikan Allah dan Malaikat berselawat untuk Rasulullah SAW.

Semuanya akan kembali kepada kita. Apabila kita berkorban yang terbaik dan disayangi, ke jalan kebaikan, jalan Allah SWT, ia akan kembali semula kepada kita dalam jumlah yang berganda-ganda. Syaratnya, jangan diminta, jangan diharap balasan sebaliknya buat tak tahu. Buat apa hendak diminta dan diharap sedangkan memang pasti akan ada balasan kebaikan tersebut. Jika diharap dan diminta balasan, pengorbanan kita adalah sia-sia atau sebagai menyertai pesta penyembelihan sahaja!

Nota:
Yang membingungkan tahun ini adalah tentang puasa sunat Arafah yang sangat dituntut itu. Saya ambil perbincangan dari Ukhwah.com:

Quote:

Perbezaan Hari raya haji membingungkan umat?

Cuba kita berfikir sejenak...!!!

Tentu keadaan ini mengundang tanya, bagaimana umat harus bertindak?

Arab menetapkan 19 disember 2007 hari raya haji...
Malaysia menetapkan 20 disember 2007 hari raya haji...

Bilakah ingin puasa hari Arafah, disunatkan dilakukan:
perihal puasa sunat hari arafah,kliklah

Selasa, 18 Disember 2007 sesuai dilakukan puasa sunat iaitu ketika jamaah haji wukuf di Arafah,

atau

Rabu, 19 Disember 2007 sesuai dilakukan puasa sunat yang ditentukan oleh pemerintah Malaysia?

Bila memilih Rabu, 19 Desember, pertanyaannya, betulkah hari itu adalah hari Arafah, jamaah haji di sana hari itu justru tengah merayakan Idul Adha/Hari raya haji dan sudah melakukan wukuf sehari sebelumnya?

Bila umat memilih seperti ketetapan pemerintah bahwa hari Arafah jatuh pada hari Rabu tanggal 19 Disember, bukankah berpuasa pada Rabu, 19 Disember berarti hari yang diharamkan untuk berpuasa karena pada faktanya jamaah haji telah menyambut hari raya haji.(10 Zulhijjah)
perihal hari puasa yang diharamkan,kliklah


Dan bila memilih puasa di hari Selasa 18 Desember, bilakah harus solat hari raya hajinya? Rabu, 19 Disember atau Khamis, 20 Disember?
Kerana selepas hari arafah, pastinye hari raya haji, bukannya diselang sehari diantaranya.

cuba-cuba kita fikirkan...ya.
Hari raya Haji malaysia kah anda ikuti ataupun hari raya haji Arab -yang sememangnya tempat itu saja yang diperbolehkan melakukan ibadat haji.

P/s: kalau ada siapa yang ada contect orang jabatan agama, sila kemukakan masalah ini. biar mereka fikirkan ataupun mereka suka menanggungnya.

------

Ini pula salah satu jawapan:

lepas maghrib tadi, ana ada mengikuti kuliah maghrib yang mengupas persoalan mengenai idiladha

di dalamnya adalah jemaah yang menanyakan bilakah hari sesuai untuk berpuasa, kan disunatkan berpuasa yang kebiasaannya dibuat pada 9hb Zulhijjah bersamaan dengan hari 'Arafah, akan tetapi pada tahun ini, timbullah permasalahan Hari Raya Idiladha disambut di Makkah pada 19 Disember manakala di Malaysia 20 Disember.

Ustaz tu menyatakan kita hendaklah berpuasa Hari 'Arafah pada hari selasa 18 Disember kerana Padang 'Arafah hanya berada di Arab Saudi sahaja, bukan berada di mana-mana. Tujuan kita berpuasa sunat pada hari tersebut ialah meraikan jemaah haji di Makkah yang berada di padang 'Arafah pada 9 Zulhijjah.

Manakala jika berpuasa pada 19 Disember, bersamaan 9 Zulhijjah mengikut kiraan kerajaan Malaysia, puasa pada hari tersebut menjadi khilaf ulama, ada ulama menyatakan haram kerana haram kita berpuasa pada hari raya mengikut Arab Saudi, dan ada juga ulama yang mengatakan tidak kerana kita dibawah pemerintahan kerajaan lain.

Ustaz tu menyatakan puasa pada 19 Disember dikira kita berpuasa disebabkan 9 Zulhijjah bukan puasa sunat Hari 'Arafah. Jadi pahalanya seperti berpuasa sunat pada hari-hari biasa, ditambah dengan berpuasa sunat pada bulan Zulhijjah.

Ustaz tu menyatakan adalah lebih baik kita berpuasa pada 18 Disember (Selasa) kerana kita mengikut hari 'Arafah di Arab Saudi kerana meraikan jemaah haji yang berkumpul di padang 'Arafah.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Kadang-kadang buku itu 'memilih' orang untuk membacanya

» Dari Filem Hurricane «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu