Rezeki Dari Tukang Gunting
Posting pada:  07 Dec 2007 ( 1031 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Khamis, 7hb Disember 2007, hari yang mengejutkan, excited (teruja?) dan menggembirakan. Puan Zaleha dari Perpustakaan Negara menelefon memberitahu buku Tukang Gunting Jutawan terpilih dalam projek pembelian buku terus dari penulis untuk projek perpustakaan desa. Jumlah pesanan: 1,092 naskhah. Nilai pesanan RM19,656.00.



Mulai dari tahun ini, Kementerian Kewangan mengumumkan polisi baru iaitu pembelian buku terus dari penulis selain pembelian buku dari kontraktor untuk perpustakaan desa. Ada 12 penulis PTS yang mendapat "durian runtuh" termasuk saya. Masing-masing tersenyum sampai ke pipi. Maklumlah, dapat durian runtuh dan sekaligus dapat royalti dari 1092 naskhah yang terjual secara pukal itu.

Di sebalik kegembiraan di luar batasan itu (kerana terjadi pertama kali seumur hidup), ia juga merupakan ujian, menguji sejauh mana kejujuran seorang penulis. Jika jujur dapat makan durian; jika tidak jujur akan ditimpa buah durian.

Sekiranya jujur, akan melalui proses biasa, PTS akan mencetak dan kemudian dijual balik kepada penulis dengan diskaun 30%. Penulis akan membeli dan menjualnya kepada Perpustakaan Negara. Wang pembelian akan dimasukkan terus ke dalam akaun penulis.

Itu sekiranya jujur. Sekiranya tidak jujur, di samping menempah api neraka: cetak sendiri buku tersebut, secara rompak cetak (shot terus dari buku), kemudian bekalkan ke Perpustakaan Negara. Belanja mencetak katalah RM3.00 senaskhah = RM3,000. Untung = RM19,000 tolak RM3,000 = RM16,000. Untung RM16,000 tapi sekurang-kurangnya berada selama 16,000 tahun di dalam api neraka.

Saya amat bersyukur kerana antara ribuan penulis di Malaysia, saya salah seorang yang terpilih. Kenangan kembali masa lalu semasa menulis buku ini pada zaman Reformasi ( 1998 ). Judul asal buku ini ialah: Misi: Orang Kaya Baru. Nazrul yang memberi judul baru. Editor buku ini ialah Anuar yang kini berada di DBP. Rekabentuk kulit pula oleh Iwan.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Mengapa, kalau ia percuma, tidak dihargai?

» Kang Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu