Asas dilupakan, seberang hendak diterjah
Posting pada:  23 Nov 2007 ( 915 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jumaat. Khutbah Jumaat hari ini mengenai satu lagi sumber ekonomi Malaysia iaitu arak. Minuman yang dilarang oleh Islam ini ada di mana-mana sahaja di bumi Malaysia yang khabarnya negara Islam. Bahkah kilang Guiness Anchor dan Carlsberg ada di Sungai Way, Selangor. Negara Islam yang ada kilang arak. Bahkan khabarnya arak-arak eksklusif diimport oleh orang yang Islam (Islam apa kalau begitu?).



Begitulah, bukan rahsia lagi, di Malaysia, negara Islam, arak dihidangkan, diteguk dan diimport oleh orang Islam.

Kita selalu mendengar jargon yang hebat-hebat belaka tentang Islam di bumi Malaysia ini. Biasa mendengar, "Islam ke arah Globalisasi"? atau, "Cabaran Islam di era antah berantah..." Terlalu biasa. Seminar sana, seminar sini. Kadang-kadang dalam khutbah pun diselit-selitkan jargon.

Nampaknya ada yang hendak berlari tanpa merangkak terlebih dahulu. Yang asas pun tak tentu arah sudah hendak sibuk tentang global dan sebagainya. Tak payah era itu, era ini selagi asasnya belum betul.

Perbetulkan asas terlebih dahulu sebelum hendak membina. Jangan menentang fitrah alam, sunah manusia -- asas didahulukan sebelum membina. Bangunan akan tumbang jika tidak ada asas atau asasnya tidak kukuh.

Asas paling asas dan yang mudah-mudah belaka boleh anda perhatikan di dalam masjid di tempat anda. Bila kali terakhir kita melihat saf yang lurus? Itu asas. Kalau saf masih renggang dan bengkang-bengkok tak payahlah memenatkan mulut bercakap tentang globalisasi, era, dan entah apa-apa lagi. Gantikan saja jargon itu dengan seruan kembali kepada asas -- asas diperkukuhkan, barulah boleh bising pasal era, globalisasi, antah berantah dan lain-lain lagi.

Apa pandangan anda jika sibuk bercakap pasal Islam, kemudian dibina imej sebagai alim, warak, bersih tetapi isteri sendiri tidak bertudung. Menutup aurat itu asas.

Ia tentulah sama dengan seorang yang didakwa atau mendakwa sebagai pakar motivasi dan dikaitkan dengan sukses, islamik tetapi suatu hari anda menerima forward e-mel tentang gelagat anak-anak 'pakar' tersebut yang 180 darjah berbeza dari apa yang selalu diuar-uarkan oleh ayahnya. Pakaian, pergaulan, perangai sedikit pun tidak sama dengan apa yang selalu dihebohkan oleh ayahnya. Mendidik anak berlandaskan Islam itu adalah asas.

Satu lagi asas yang diabaikan, sentiasa terpapar di depan mata kita ialah saf yang bercampur, dewasa yang sudah baligh dengan kanak-kanak. Membawa kanak-kanak ke masjid adalah usaha mulia tetapi meletakkan kanak-kanak sebaris dalam saf dewasa tidak boleh. Saf kanak-kanak ada yang khusus. Apa yang pernah saya belajar dulu, hadirnya kanak-kanak yang belum baligh (bukan belum sunat) di dalam saf boleh menghilangkan pahala saf. Tidak ada larangan dalam Islam tetapi dalam Islam ada adab, sopan dan peraturan -- bukankah telah disediakan saf untuk kanak-kanak? Urutan saf ialah -- Lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki, perempuan, kanak-kanak perempuan.

Jadi, itulah asas yang paling asas. Asas begitu masih lagi tak tentu arah tak payahlah bising pasal Islam era itu, era ini, global, dan entah apa-apa lagi...

Dalam kehidupan seharian pun -- jangan menentang sunah. Merangkak terlebih dahulu sebelum berdiri dan berjalan. Bukankah memang tersedia hikmah apabila Allah menjadikan keboleh bayi berperingkat-peringkat?

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Anda takkan dapat melihat lautan jika tidak meninggalkan pelabuhan

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu