Dari mundur menjadi kaya, bagaimana?
Posting pada:  09 May 2007 ( 1735 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sekali lagi, saya tabik hormat kepada dua orang penting di PTS Profesional: Pengurusnya, Encik Nazrul dan editor yang teliti Rozita. Segala usaha dibuat supaya buku best-seller sepanjang zaman yang diminati ramai dan dicari-cari ini dapat dipamerkan dan dijual pada Pesta Buku 2007. Namun, apakan daya, kita hanya mampu berusaha -- buku penting ini dapat disiapkan hanya 2 hari selepas Pesta Buku 2007. Maklum sajalah sempena pesta buku, pencetak sudah tidak mampu lagi mencetak buku-buku baru. Terlalu banyak buku yang mesti dicetak untuk dipamerkan dan dijual di pesta buku.


Buku best-seller sepanjang zaman yang diberi cover baru dan diterbitkan oleh penerbit yang lebih gagah -- PTS Profesional.


Seorang lagi yang tidak pernah dilupakan ialah Iwan yang merekabentuk cover buku ini dan buku-buku saya dan penulis lain di PTS. Dua orang lagi yang wajib disebut ialah Hisyam Salmi dan Wanzu.

Seorang lagi yang wajib disebut ialah Anuar, bekas editor PTS Pro yang kini di DBP. Dialah yang mula-mula terpikat dengan buku Kampung Kaya dan segera mencadangkan supaya Kampung Kaya diterbitkan segera. Khabar terbaru yang didengar, Anuar akan ditarik balik masuk ke dalam PTS semula.

"Rozita, yang hantar pagi tengah hari keluar ada tak?" Saya bertanya.

"Ada, fotostat." Kata Rozita sambil gelak.

Ramailah yang bertanya buku KAMPUNG KAYA ini pada pesta buku minggu lepas. Biasanya begitu -- yang tak ada akan ditanya dan dicari.

Alhamdulillah, sekali lagi buku ini telah menjadi pelopor 'fiksyen bisnes' yang diperkenalkan oleh PTS PRO.

-----

APA rahsia kejayaan buku yang tidak ada nilai satera ini? Rahsianya mudah saja. Saya menulisnya dari hati. Dan yang utama, walaupun tidak ada nilai sastera (yang memerlukan penulisnya berpakaian selekeh), namun idea-idea di dalam buku tersebut boleh dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan di beberapa tempat. Hebat? Beli dan praktikkan buku KAMPUNG KAYA yang berharga hanya RM19.00 sahaja.

Pada babak akhir buku ini, Azmi, hero cerita ini terpaksa meninggalkan semula Kampung Helang atas banyak sebab. Goman (atau nama betulnya Tukiman Marsom) sahabat karibnya bertanya, "Tapi kamu akan balik ke sini kan?" Azmi tidak menjawab, menoleh pun tidak, sebalikinya terus melangkah meninggalkan Kampung Helang yang semakin menjauh. Apa mesejnya? Mungkin sekali, kalau penulisnya berkesempatan dan ada idea menarik, cerita ini akan bersambung. Judulnya sudah ada, "Kembali ke Kampung Kaya." Menarik? Tunggu kelapangan penulisnya yang tidak pernah lapang sejak 5 tahun lepas.

Dari mundur kepada kaya, bagaimana? Baca buku Kampung Kaya, hayatinya dan laksanakan segera idea-idea penting dari dalam buku ini.

Salah satu caranya ialah memanfaatkan segala pemberian Allah SWT di dalam diri dan di luar diri. Di dalam diri adalah tenaga, akal dan masa yang dibekalkan sejak dari lahir. Di luar diri pula ialah bekalan dari Allah SWT yang terlalu banyak, amat banyak, lebih dari yang kita perlukan. Ia dalam bentuk mentah atau belum siap. Atau, ia dalam bentuk anak ayam bukan KFC. Bagaimana anda menukar bahan mentah di sekeliling kita ini kepada bahan siap yang diperlukan oleh orang ramai berulang-ulang kali akan menentukan kejayaan. Dari mundur kepada kaya dan maju jika anda boleh menukar bahan mentah di sekeliling kepada bahan siap untuk memenuhi keperluan manusia dengan banyaknya dan berulang-ulang, berterusan.

Tapi, sebelum itu anda perlu mengenali. Anda mesti mengenali bahan mentah yang berlambak lebih dari yang diperlukan, dibekalkan Allah SWT di sekeliling kita ini yang boleh ditukar kepada kemajuan, kejayaan, kewangan yang besar dan berterusan.

Bagaimana mengenali dan menukar bahan mentah kepada bahan siap yang diperlukan? Lihat kembali bekalan yang Allah SWT kurniakan sama rata, sama adil untuk semua manusia, ke dalam diri manusia. Apa bekalan utama? Otak, tenaga dan masa. Ketiga-tiganya percuma. Dengan menggunakan otak, tenaga dan masa kita mampu menukar bahan mentah di sekeliling kepada bahan siap, kemajuan, kejayaan, kewangan.

Kerana itulah sering dikatakan, "Otak untuk digunakan, bukan untuk perhiasan."

Sistem menukar bahan mentah yang percuma di sekeliling kepada kejayaan, kekayaan, kewangan adalah sistem yang diamalkan sejak dari zaman purbakala. Anda hanya perlu menirunya.

Itulah juga intisari yang terkandung di dalam KAMPUNG KAYA. Itu yang amat penting di dalam buku ini. Cinta yang tak kesampaian antara Azmi dan Salwa yang menjadi kemarahan pembaca, adalah sampingan yang sangat kecil di dalam buku KAMPUNG KAYA.

Kerana itulah, sesudah selesai membaca buku ini anda akan tersenyum (sesudah bersedih sekejap) dan faham mengapa kulit buku ini ada gambar kelapa.

Seorang sahabat karib saya menghabiskan membaca buku ini hanya dalam masa setengah jam sahaja.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Saya tak mahu ia terus kekal sebagai impian sahaja

» Tony Fernandez «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu