Tukang gunting boleh jadi jutawan? Dan corat-coret di PTS
Posting pada:  07 May 2007 ( 2004 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sambil mendekati buku "Tukang Gunting Jutawan" saya bertanya kepada salah seorang editor PTS, "Bolehkah tukang gunting menjadi jutawan?" Seorang pembeli yang berada berhampiran di situ menjawab (tanpa diminta, seolah-olah menyokong), "Kenapa pulak tak boleh?"


Rozita Abd Razak, editor PTS PRO bersama editor-editor lain sedang menunjukkan buku laris TUKANG GUNTING JUTAWAN.


Kiri: Puan Roseliza bersama suami dan keluarga menunjukkan buku-buku yang dibeli. Kanan: Syahril Inteam menujukkan buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN.


Kiri: Nazrul, Pengarah PTS PRO sedang mempromosikan buku-buku bisnes. Kanan: Bukti teori, "Penyamar dan tali leher." Ini adalah kasut Bata Power berharga RM30 sahaja dipakai oleh seorang jutawan dan Pengerusi PTS, Canselor Universiti PTS, (Mbakyu) Puan Ainon Mohd.


Soalan dijawab dengan soalan yang menarik. Lalu saya terbalikkan (dalam hati), "Apa yang menyebab tukang gunting tak boleh menjadi jutawan. Tak ada sebab." Apa saja pekerjaan yang: 1. Memberikan keuntungan yang banyak, 2. Keuntungan yang berulang-ulang, 3. Berterusan sehingga 10 -- 15 tahun, 4. Bersistem, insyaAllah boleh mencapai tahap jutawan.

Mengapa sekian lama tidak berjaya memperoleh harta RM1 juta? Lihat balik 4 keperluan di atas dan tanya kembali:

1. Adakah ia memberi keuntungan yang banyak? Berapa keuntungannya? Bunyinya separuh, 50% bahkan adakalanya kedengaran 100%. Wow!!! Di mana belajar bisnes sampaikan dapat keuntungan 100%??? Boleh masuk World Guiness Record! Sudah berpuluh tahun berjualan tapi tak tahu membezakan antara 'gross' dengan 'nett'? Hanya yang belajar bisnes tahu bahawa apa saja bisnes, keuntungan adalah antara 10% hingga 15% sahaja. Adakalanya mencecah 20% tetapi amat jarang terjadi. Yang selalu terjadi adalah kurang dari 10% -- 15%. Rasanya keuntungan sebanyak itu sudah mencukupi dan standard, sedunia.

2. Keuntungan yang berulang-ulang. Jika anda belajar bisnes sudah tentu biasa mendengar 'volume'. Berapa banyak produk anda yang boleh dijual berulang-ulang kali, berterusan itulah dia volume dan penentu sama ada boleh menjadi jutawan atau cendawan.

3. Keuntungan yang berterusan sehingga 10 -- 15 tahun. Melalui masa anda boleh menjadi jutawan. Hanya dalam buku penglipurlara saja anda akan menemui 'bagaimana menjadi jutawan dalam masa yang singkat' -- bagaimana tiba-tiba pesanan datang dari seluruh dunia, berjuta-juta pesanan membeli produk melalui internet, setiap hari. Rakyat seluruh Malaysia tiba-tiba memesan air kacang soya yang dijual di tepi jalan.

4. Sistem. Pernahkah anda melihat orang yang berjualan mempunyai sistem? Atau sekurang-kurangnya ada sistem akaun? 100 orang yang berjualan, 99.9 darinya tidak ada sistem akaun, bahkan tidak tahu pun apa itu sistem akaun. Duit bergumpal di dalam 'pouch' di pinggang bercampuk aduk tak tentu arah. Mana satu wang keluar, mana satu wang masuk tak pernah diambil tahu.

Sistem seterusnya -- apa yang perlu dibuat dengan wang keuntungan tersebut? Hanya jika pandai melaburkannya, barulah boleh menjadi jutawan! Bahkan, yang dikatakan pandai melabur mestilah pandai melabur dengan berdasarkan kadar inflasi. Tak guna kalau melabur keuntungannya 6% tetapi kadar inflasi 8%. Itu yang perlu anda pelajari dari buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN.

Di dalam buku TUKANG GUNTING JUTAWAN -- ia memenuhi keempat-empat perkara di atas. Kerana itulah tidak ada sebab mengapa tukang gunting tidak boleh menjadi jutawan. Pekerjaan sebagai tukang gunting hanyalah landasan saja. Yang paling utama ialah: ia memenuhi keperluan yang berulang-ulang. Keperluan? Bergunting rambut adalah keperluan. Berulang-ulang? Rambut sentiasa tumbuh dan tukang gunting tersebut memperbesarkan usahanya -- menambahkan lagi beberapa cawangan kedai gunting dengan bersistem.

Jadi, tepatlah -- jawapan "mengapa tak boleh?" Ya, cari sebab mengapa tidak boleh? Menjadi tidak boleh kalau tidak memenuhi keempat-empat keperluan di atas. Bukan setakat tukang gunting tetapi untuk semua jenis usaha.


HARI terakhir pesta buku di booth PTS terasa sangat kemeriahannnya. Orang ramai (dengan tujuan membeli) semakin berasak-asak untuk merebut peluang potongan harga 20% dan 30%. Buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN dan TUKANG GUNTING JUTAWAN terus menjadi hit seiring buku-buku hit lain.

Menurut sumber, target jualan PTS yang dianggarkan telah tercapai sebelum pukul 10 malam, hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2007.

Cara promosi booth PTS memang unik. Keunikannya dilihat dari penggunaan apron staf PTS. Saya percaya tak lama lagi ia akan ditiru oleh pempamer lain di masa akan datang atau oleh kedai-kedai buku.

PTS juga menggunakan beberapa model remaja memakai kimono di pintu masuk untuk menarik pembeli remaja ke gerai PTS membeli buku remaja. Juga model pari-pari dan arnab. Memang sungguh meriah. Kerana itu novel remaja amat laris di gerai PTS.

Bila berkumpul begitu, tiba-tiba masing-masing berperangai kebudak-budakan dalam suasana keriangan. Penuh dengan gelak ketawa. Aku pun ikut sama...

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Paku yang menonjol akan diketuk

» Peribahasa Jepun «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu