Set Menang atau Set Kalah?
Posting pada:  19 Apr 2007 ( 1964 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Update kali ini ringkas saja kerana saya nak menyiapkan RAHSIA AJAIB yang tertangguh kerana banyak sangat hal yang mengganggu.


Keterangan Gambar: Ezika Armansur (kiri), pewaris Armansur.com Berhad bersama rakan-rakan Pengakap telah memenangi tempat pertama pertandingan kawad, zon Bangsar, pada 18 April 2007


Walaupun ringkas, update kali ini amat berharga kerana datangnya dari budak berumur 10 tahun. Dari Ezika Armansur, pewaris Armansur.com Berhad.

Pagi sebelum pergi ke pertandingan kawad pengakap, semalam, rakan sepasukannya berkata, "Ini mesti kalah ini!" Ayat penyata dengan penuh kepastian. Ezika yang mendengarnya, mengeluarkan kembali kata-kata yang selalu saya masukkan ke dalam otaknya -- "Kau set kalah, kalahlah jadinya. Kenapa tak set menang? Kau nak menang tak?"

Pulang dari pertandingan di Taman Tasik Titiwangsa, di mana di situ terdapat objek yang bakal menjadi gajah putih iaitu Feris Wheel (Eye Of Malaysia?), Ezika melaung dari jauh -- "Bah... dapat nombor satu!"

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu