Kelakarnya -- masih ramai yang jahil komputer
Posting pada:  21 Mar 2007 ( 1193 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ada sekumpulan manusia yang masih lagi jahil tentang komputer. Kalau komputer masih jahil, apatah lagi yang berkaitan dengan komputer iaitu IT. Perkataan IT itu sendiri sudah lama keliru dan dikelirukan. Asalkan komputer, laman web ia disebut IT. Peliknya

Zaman dulu berbondong-bondonglah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke universiti mengambil jurusan IT. Alangkah kelakarnya -- IT dianggap jurusan yang glamour -- anak jadi mangsa kebanggaan ibu bapa di kampung dan bandaraya. Malangnya bila anak keluar dari universiti mereka nganga. Bila tanya ibu bapa yang bangga -- "Anak ambil IT ye? IT tu apa pakcik?" -- nganga mereka lebih besar dari nganga anak. Untuk mengecilkan nganga, mereka menjawab, "Itu ha.. komputer..." Little knowledge is dangerous.

Apa yang dipelajari di universiti? Teori dan amat kurang hand-on sebab pensyarahnya pun masih meraba-raba. Belajar sebahagian bahasa-bahasa programming seperti C++, C, VB, HTML, ASP (bukan ASP.NET) dan sedikit-sedikit database. Itu adalah teknologi yang akan digunakan untuk memproses maklumat sebagaimana makna yang paling tepat untuk IT (Information Technology) adalah -- Maklumat yang diteknologikan. E-mel adalah contoh paling mudah untuk IT -- menulis surat menggunakan teknologi.

Tahukah anda, ada graduan yang keluar dari kolej atau universiti hanya tahu membuat gambar bergerak-gerak? (Gif animation). Itulah namanya kekeliruan. Kalau bab gambar, grafik, video dan sebagainya -- ia adalah multimedia (media yang pelbagai) dan tak ada kena mengena langsung dengan IT.

Setiap zaman ada penggantinya dan ada perosaknya. Zaman permulaan sekitar awal 90'an boleh dimaafkan kerana IT baru digembar-gemburkan. Yang lebih pelik, selepas millenium, IT dikaitkan dengan jutawan pula. Bill Gates menjadi benchmark. Amazon.com menjadi contoh paling kerap. Sejak millenium muncullah berbagai-bagai program pelik di internet yang kononnya boleh menjadikan kaya atau jutawan. Bunyinya, "Kawan saya dapat RM1,000 sehari". Kenapa kawan saya? Kenapa bukan saya? Program untuk kayap, bukan kaya itu silih berganti dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan IT melainkan menggunakan platform internet untuk mengiklankan sebab mengiklankan skim begitu di media lain seperti akhbar, majalah memang tidak dibenarkan. Mengedarkan flyer pun sudah tidak ada siapa yang melayan. Mana-mana yang masih pelik dengan internet sahaja yang percaya. "Hah? guna internet? Wah... guna IT." Little knowledge is dangerous.

Kemudian muncul istilah "Jutawan Internet" yang juga tak ada apa-apa kaitan dengan IT. Lebih malang lagi, yang menyebut jutawan itu tidak berapa pasti berapa digit angka juta. Ditambah lagi tidak berapa kenal berapa margin produk yang dijual melalui internet itu. Berapa margin tak perlu diambil tahu, harapannya jual produk melalui internet, baju misalnya, berduyun-duyunlah yang membeli sampaikan 'crash' harddisk server kerana ramainya yang membeli. Jumlah pembelian RM10 juta dengan margin 10% dapatlah RM1 juta. Itu yang 'crash' harddisk server sebab untuk mendapatkan jualan RM10 juta itu perlu berapa bilion manusia yang memasuki laman web tersebut untuk membeli baju (hukum angka)?

Itu impiannya. Bukan impian orang kampung tapi impian orang bandaraya. Orang kampung seperti kampung sekitar Banting tak perlukan benda-benda begini sebab mereka (kaum Jawa) sudah sekian lama menjadi jutawan -- 10 ekar kebun kelapa sawit, seekar dinilai RM100,000.00 bersamaan dengan RM1 juta yang mengalirkan wang setiap bulan tak kurang dari RM10,000.00. Mereka tak perlu tahu apa itu internet sebab mereka tidak menjual kelapa sawit melalui internet. Bahkan mereka tidak menyentuh pun kelapa sawit tersebut. Pekerjanya ramai, sama-sama menumpang rezeki.

----

Ada satu lagi perkara pelik yang ada kaitan dengan komputer. Bukan komputer itu yang pelik tetapi manusia yang membuat anggapan tentang komputer itulah yang pelik. Ia mula terjadi sejak dari tahun 1990, semasa saya mula memasuki perniagaan 'typesetting' (yang gagal sebab team yang bodoh). Pada masa itu perniagaan itu bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Sana-sini sibuk pasal DTP (Desktop publishing). Di sekitar Plaza IBM (sekarang VADS) Taman Tun tak kurang dari 5 syarikat DTP. Caranya mudah -- beli satu atau 10 komputer, satu pencetak laser (yang baru sampai ke Malaysia dan dianggap ajaib) dan software Pagemaker. Sesiapa yang hendak buat typesetting buku, flyer bolehlah menggunakan khidmat tersebut. Satu A4 mukasurat typesetting harganya RM5. Design, grafik lain cerita, lain harga. Perkataan lazim pada masa itu ialah "Output, filem, bromide, disket tak boleh buka." Dengan adanya sistem CTP (Computer to plate) sekarang ini, semua perkataan itu sudah pupus. Dengan kecanggihan Acrobat Reader, proses DTP menjadi lebih simple, pantas, mudah.

Apa yang hendak dikaitkan ialah antara PC dengan MAC dan kekeliruan yang terjadi sejak dari tahun 1990-an itu. Mengapa seolan-olah orang yang menggunakan komputer jenama Apple itu menganggap di dalam komputernya ada berlian? Mengapa begitu bangga menggunakan komputer jenama Apple? Bukankah otak mereka perlu diperiksa untuk mencari sebab mengapa mereka berbangga menggunakan komputer jenama Apple? Perlu juga diperiksa bahagian mana yang terjadi litar pintas dalam otak hingga tak dapat membezakan antara software dan hardmare:

1. Sebutan dan perbandingannya salah: Tak boleh bandingkan MAC atau PC kerana ia membandingkan software dengan hardware.

2. MAC (Ringkasan Macintosh) adalah OS (Operating System) yang boleh dibandingkan dengan OS lain seperti Windows (ada berbagai-bagai Windows -- XP, Vista, ME, 2000, NT, 98 dan lain-lain), Linux, FreeBSD, SunOS, IRIX dan lain-lain lagi yang jarang kita dengar. Jadi, perbandingan yang tepat ialah, "Pakai Mac atau Windows? Atau Linux, atau FreeBSD atau Sun") Tak boleh sama sekali, "Mac atau PC?"

3. Kalau anda hendak install OS Mac di komputer anda, beli saja CD MAC, sama seperti anda beli CD Windows, Linux dan install. Maknanya, anda boleh install Mac di komputer anda, dan anda boleh install Windows, Linux, Sun, Free BSD di komputer Apple. Tak ada masalah.

3. Itu software. Hardwarenya pula, jenamanya disebut Apple. Ia sama saja dengan jenama Acer, HP, Dell, Compaq, Sony. Tak ada berlian atau emas di dalam Apple yang boleh menyebabkan bangga. Sama saja, ada mainboard, RAM, HDisk, kabel. Dulu bezanya ialah guna SCSCI Harddisk. Komputer anda pun boleh dipasang SCSCI bukan hanya Apple yang boleh dipasang. Beli saja SCSCI card dan Hdisk SCSCI (10,000 rpm). Server Ukhwah.com menggunakan 2 SCSCI harddisk. Memang mahal = 18 gig = RM500.00

4. Apple, Acer, HP, Dell, Compaq, atau komputer yang tidak berjenama disebut PC kerana PC adalah ringkasan Personal Computer. Ada beberapa jenis sistem komputer di bumi ini, antaranya ialah: Mainframe (dah pupus), Personal Computer atau Desktop, Laptop (atau Notebook), PocketPC.

5. Zaman dulu brandingnya -- kalau grafik, guna Apple lebih bagus. Itu branding ciptaan rakyat Malaysia sekitar awal 90'an. Hakikatnya -- apa jenama pun boleh digunakan untuk membuat grafik sebab Photoshop, Illustrator, Pagemaker, Indesign boleh diinstall ke dalam ke dalam apa saja jenama komputer.

5. Apa yang membuat kita agak meluat ialah seolah-olah pemilik Apple begitu bangga sekali dengan PC atau Notebook miliknya itu. Seolah-olah ia ia diperbuat dari berlian. Usaha itu dibuat oleh syarikat Apple Macintosh yang cuba branding untuk membuang perkatan "komputer" dari Apple Macintosh. Brandingnya, kononnya Apple Macintosh lain dari yang lain padahal tak ada bezanya melainkan harganya yang mahal tetapi tidak berbaloi. Susah nak cari software Mac di pasaran.

Jadi, kalau ada yang berbangga dengan Apple dan cuba memandang rendah kepada jenama lain, sebaik-baiknya tanyakan, "Apa bezanya Apple dengan Acer, Compaq, Sony, Dell?" Gerenti mereka sendiri tergagap-gagap tak tahu menjawab atau jawapan yang main reka-reka. Saya sudah bertanya begitu berkali-kali.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Adalah mustahil untuk menyukakan dan memenuhi kehendak semua orang

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu