Umrah, Rukun Islam Ke 5?
Posting pada:  08 Jan 2006 ( 1207 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Bagi mereka yang tak hendak tahu (bukan yang tak tahu), Rukun Islam Ke 5 ialah Umrah. Tak ada HAJI, yang ada ialah UMRAH. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran untuk pergi HAJI sebaliknya bersedia untuk pergi UMRAH. Bahkan ada yang telah 3 kali untuk pergi Umrah tetapi tak pernah berniat untuk melakukan ibadah Haji.

Sudahlah tidak berilmu, tak hendak belajar. Melawan Sunnah. Umrah membawa maksud "Ziarah". Haji dahulu baru Umrah, bukan Umrah dulu baru Haji atau sentiasa Umrah tak pernah Haji. Rasulullah menunaikan Haji dahulu baru Umrah. Orang-orang Malaysia memandai -- Umrah dahulu baru Haji atau tak payah Haji sebab bagi mereka rukun Islam ke 5 ialah Umrah.

Suatu masa dulu, saya yang tak gemar membaca cerpen terbaca sampai habis cerpen karya Azizi Hj Abdullah. Kerana ia ditulis oleh penulis yang saya minati, saya membacanya sampai habis. Sudah lama, tetapi masih ingat pembuka cerpen tersebut dan mesej yang hendak disampaikan di dalam cerpen tersebut. Pembukanya lebih kurang begini: "Kalau hendak percaya boleh, tak hendak percaya pun boleh. Kalau editor hendak menyiarkan pun boleh, tak disiarkan pun boleh." Isi penting dalam cerpen tersebut ialah kisah Azizi yang pergi Umrah bukan kehendak hatinya tetapi atas tajaan, duduk di depan Kaabah, tiba-tiba terlihat dan terdengar sekumpulan (mungkin malaikat) sedang bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut malaikat menyuarakan kebimbangan di samping tidak berpuashati dengan orang-orang yang datang ke "Rumah Allah" tetapi membawa "najis" dan pulang dari bertamu di "Rumah Allah" menambahkan lagi najis -- lebih besar.

Saya percaya kerana Azizi bukan artis. Kalau artis memanglah sentiasa berbohong. Azizi penulis yang saya hormati dan minati. Dan mengapa agaknya ada persidangan (malaikat?) berhampiran Azizi? Apa mesej yang hendak disampikan kepada Azizi? Bagi saya mudah -- Azizi rakyat Malaysia dan nampaknya rakyat Malaysia yang suka sangat menukar rukun Islam ke 5 menjadi UMRAH. Jelas mesejnya? Memang jelas. Sebagai penulis, Azizi menyebarkan mesej itu melalui cerpen. Tersebar luas. Kesedaran? Tak ada. Memang tak ada, kerana makin ramai yang "menghilangkan" rukun Islam ke 5 yang original menggantikan dengan Umrah.

Ke "Rumah Allah" membawa najis, pulang membesarkan najis. Kunjungan ke "Rumah Allah" dibuat main-main. Sepatutnya "melakukan" kerana "menunaikan" itu sebagai "wajib" setaraf dengan ibadah Haji.

Kunjungan ke Mekah hanya sebagai melancong dan bahan publisiti. Kesan positif atau tempias hasil kunjungan ke "Rumah Allah" tidak ada langsung. Umrah dibuat main-main. Tidak ada langsung tempias disebabkan najis dalam diri yang tebal susah nak dibuang, tak lut dengan kebaikan.

"Itu antara dia dengan Tuhan" demikian kata orang yang memandai menjadi ulama sendiri, mempertahankan orang pergi Umrah mendahului Haji dan menjadikannya sebagai bahan publisiti; pulang dari Umrah membesarkan najis. Tidak ada istilah antara dia dengan Tuhan (Tuhan yang mana ni? Kenapa tak sebut Allah?). Bagaimana kalau ada perogol masuk ke dalam rumah dan merogol anak perempuan kita, adakah kita akan hanya berkata, "Itu antara dia (perogol) dengan Tuhan"? Jangan memandai menjadi ulama sendiri.

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Mutiara Kata

Saya tak mahu ia terus kekal sebagai impian sahaja

» Tony Fernandez «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu