Masih ingat Sand of Time?

Hourglass atau sand of time kalau terjumpa di kedai cenderahati, elok dibeli dan diletakkan di depan mata seperti jam. Lihat pasir itu turun dengan laju, begitu juga nyawa kita sebenarnya sedang menuju penamat dengan laju. Masih nak main-main lagi? Jangan pula lupa, berakhir kehidupan di bumi ini, adalah permulaan kehidupan di alam sana yang penuh teka teki. Tapi bukan teka-teki sebenarnya kerana kita telah berjuta kali diberi amaran supaya menyediakan bekal.

Mengapa semua dikaitkan dengan motivasi?

Ceramah, seminar apa saja yang sepatutnya teknikal, mesti dipusing ke arah motivasi-motivasi, semangat, hype. Tak kiralah, bisnes, internet, hartanah, menjadi jutawan, mesti dipusing ke arah motivasi-motivasi... Kenapa? Akan sentiasa ada yang memperdaya selagi ada yang rela diperdaya.

Rasululah Kaya-Raya!

Soalnya, mengapa begitu selesa dan menggembirakan jikalau digambarkan Rasulullah itu miskin, daif. Mengapa rasa tidak selesa dan tak kena apabila menggambarkan Rasulullah itu kaya-raya? Adakah tidak pelik sekiranya 10 sahabat yang dijamin masuk syurga itu sebahagian besarnya adalah usahawan yang kaya-raya tetapi apabila sampai Rasulullah digambarkan miskin. Pelik?

Bisnes adalah bisnes

Orang membeli adalah kerana 'lebih nilai untuk wang' bukan kerana sentimen Islam atau bangsa. Membeli dari bisnes orang Islam atau kafir adalah kerana produk dan servis dapat memenuhi keperluan mereka. Kalau produk dan servisnya berkualiti, lebih nilai untuk wang, tak payahlah memasukkan senyimen Islam -- pembeli, tak kira apa bangsa dan agama, pasti akan membeli. Memasukkan sentimen Islam dan bangsa untuk mengharapkan bisnes maju, bukan ajaran Rasulullah s.a.w.

Sebelum terpekik terlolong Wasatiyah...

... Lihatlah pengamal atau model Wasatiyah sejak sekian lama -- Tuan Guru Nik Aziz. Tiru sahaja. Wasatiyah (pertengahan, kesederhanaan) bukan terletak pada istilah-istilah, terpekik terlolong, seminar-seminar, cakap-cakap, sebaliknya terletak pada tindakan, perbuatan dan gaya hidup. Janganlah istilah-istilah, bunyi-bunyi Islamik pula dijadikan persepsi untuk mengabui dan sebagai helah supaya kelihatan Islamik. Islam adalah agama kefahaman dan pelaksanaan, bukan agama yang bersandar pada istilah-istilah, simbol, jargon.

Selawat adalah hadiah

Sesiapa yang menyebut "sedekahkah" Fatihah atau Selawat pada Rasulullah, mereka tidak tahu atau enggan tahu hukum. "Menghadiahkan" adalah lebih tepat kerana Rasulullah tidak boleh menerima sedekah tetapi boleh menerima hadiah. Apabila kita menghadiahkan sesuatu pada seseorang, kita akan menerima hadiah yang berganda-ganda banyaknya. Sebab itulah satu selawat yang diucap dengan penuh kesungguhan akan mendapat balasan 100 kebaikan dari Allah. Senang saja!

Baik dan buruk adalah pelaburan

Sama ada kebaikan atau kejahatan yang dilakukan kedua-duanya adalah pelaburan. Dividen hasil dari melakukan kebaikan dan kejahatan akan diperoleh dengan berganda-ganda banyaknya di atas muka bumi ini dan juga di akhirat. Jadi, pilih hanya untuk melakukan kebaikan sahaja.

Bisnes adalah bisnes

Tiada rasis dan sentimen dalam bisnes. Tiada 'tolong bangsa' dalam bisnes. Orang membeli kerana 'lebih nilai untuk wang'. Kalau produk teruk, servis teruk, kenapa nak menyalahkan pelanggan dengan mengatakan 'tak tolong bangsa, agama'. Kalau ayam goreng orang Islam sedap sehingga menjilat siku, servis bagus, pekerja terlatih, ramailah orang datang makan dan mengiklankan kedai tersebut, tanpa perlu menggunakan sentimen agama. Tiada sentimen Islam dan bangsa dalam bisnes.

Jangan sia-siakan peluang Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rahsia besar kejayaan umat Rasulullah

Lupakan kepentingan diri, utamakan kepentingan orang lain. Itulah salah satu rahsia besar kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Itulah yang diamalkan oleh Rasulullah. "Umatku, umatku, umatku..."

Cita-cita besar, tindakan besar

Cita-cita Rasulullah sangat besar iaitu mengembangkan dan mengekalkan Islam ke seluruh dunia. Bukan cita-cita kecil, "Keluarga aku semua menjadi Islam, cukuplah." Tindakan Rasulullah besar sekali kerana dimulakan dengan cita-cita yang besar.

Mahu kembali hina sesudah mulia?

Kita adalah bangsa yang hina tetapi dimuliakan oleh Allah kerana Islam. Jika kita meninggalkan Islam, maka kita akan kembali hina. -- Saidina Umar al-Khatab

Kalau bukan untuk menang, untuk apakah hidup ini

Buku HIDUP UNTUK MENANG yang pernah diterbitkan dan menjadi best-seller pada tahun 1994, telah diterbitkan semula oleh PTS. Khabarnya ia menjadi buku yang laris.Klik Di sini

Susahnya memberi kefahaman

Sentiasa mengecewakan apabila kita menjelaskan lain, fahamnya lain. Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya, "Mengalihkan batu yang berat lebih mudah berbanding memberi kefahaman kepada manusia yang ENGGAN memahami."

Banyak udang banyak garam

Ramai orang ramailah ragam. Tak percaya, lihat saja komen-komen dalam Facebook. Kita cakap lain, fahamnya lain. Atau -- kita cakap pasal meja, fahaman dia ialah kerusi. Orang sebegini, memang sangat ramaiiiiii.... Solution? Tak ada.

Mengabaikan Return

Dalam setiap bisnes ada risikonya. Ini yang selalu diabaikan apabila menyangka bisnes hanya berasaskan 'motivasi' bukan pengurusan. "Return" adalah risiko yang paling 'ditakuti' dalam industri penerbitan buku dan majalah.

Tiada yang kekal

Dalam bersahabat, dalam kehidupan, politik dan sebagainya, tidak ada yang kekal dan jangan anggap ia akan kekal. Kawan boleh menjadi musuh, musuh boleh menjadi kawan, kawan boleh suruh kawan lain menikam (kalau diri sendiri tidak mahu menikam kawan).

Industri buku kelihatan sepi

Mengapa industri buku agak sepi sekarang ini sedangkan sepatutnya ia adalah industri yang 'tiada lantai, tiada penghujung'? Salah satu puncanya ialah -- "almost everybody jump into the wagon." Tak ramai yang hendak menjadi 'leader' lebih ramai suka jadi 'follower'.

Mutiara Kata

Kadang-kadang buku itu yang memilih orang untuk membacanya.

» Dari filem Hurricane «

Hubungi

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu