Penulisan



Saya mula menulis sejak sebelum millenium. Buku pertama tulisan saya ialah "Rahsia Dari Damansara" yang saya tulis secara suka-suka dan untuk syok sendiri. Saya tulis sendiri, terbitkan sendiri dan akhirnya saya pasarkan melalui pos.

Hanya secara tiba-tiba buku tersebut menjadi laris dan menjadi sumber rujukan. Beberapa kali tersiar di media. Banyak surat yang saya terima memuji-muji buku tersebut. Saya pun tak menyangka -- ramai yang mendapat faedah maksimum dari buku tersebut kecil tersebut.

Sejak dari itu, hanya ada 2 perkataan penting setiap kali saya menulis: KUALITI dan IMPAK. Tulisan mesti berkualiti supaya impaknya besar dan berpanjangan.

Lagi satu, saya ini memang penakut. Saya takut pada Allah SWT. Sangat takut sebab itu mesti berhati-hati. Suatu hari nanti saya akan mati, tulisan saya kekal dibaca. Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu tidak berkualiti? Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu hanya main reka-reka? Bagaimana kalau apa yang saya tulis itu mengajak kepada keburukan sama seperti novel cinta yang laris di pasaran? Bagaimana kalau saya menulis seperti penulis lain yang sebenarnya tak layak menulis?

SEJAK 1990

Saya mula serius menulis sejak 1990. Buku kedua saya ialah Mendaki Puncak Kejayaan yang saya tulis berdasarkan kisah harta di Bukit Jugra. Walaupun buku tersebut tidak selaris Rahsia Dari Damansara, ia membantu menaikkan nama saya.

Kemudian, saya mengambil keputusan untuk menjadikan penulisan sebagai karier saya. Bukan sambil-sambil. Karier seperti doktor, jurutera, pilot. Bukan semua orang boleh menjadi penulis -- sama dengan bukan semua orang boleh menjadi doktor, guru, penjenayah dan lain-lain lagi.

Selepas itu berderet-deretlah buku saya keluar. Kesemuanya non-fiksyen. Penerbit besar menghubungi saya mahu menjadi penerbit buku-buku saya. Makin luaslah ruang untuk saya berkarya.

Seseorang berkata kepada saya, "Tulis buku mengenai MLM (Multi-Level Marketing). Pasarannya besar." Saya terus membuat kajian mendalam mengenai MLM. Beli dan baca buku-buku mengenai MLM dan bertanya mereka yang berjaya di dalam MLM. Hasilnya ialah buku pertama saya di dalam MLM "Membina Masa Depan Melalui MLM (Multi -Level Marketing)" yang menjadi best-seller sepanjang zaman. Selepas dari itu berderet-deret buku saya mengenai MLM berada di pasaran. Selang di antaranya ialah buku-buku INSPIRASI (bukan MOTIVASI sebab buku MOTIVASI adalah buku karut).

Saya menjadi penulis best-seller sejak tahun 1990. Bukan saya gipang (gila pangkat) tetapi gelaran ini diberi oleh pembaca dan pengikut buku saya. Impak? Tak guna mengaku best-seller kalau impaknya kosong. Sebagai contoh buku MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM telah diulang cetak lebih 20 kali dan telah melahirkan lebih 30 jutawan!

Keseluruhannya saya telah menulis 20 judul buku non-fiksyen. Fiksyen pula, sehingga tahun 2005 hanya "Kampung Kaya", "Misi: Orang Kaya Baru" "Mendaki Puncak Kejayaan".

Mutiara Kata

Alasan tetap ada jika dicari. Punca utama kegagalan adalah kerana mencari alasan

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu